Official Page

Followers

Friday, October 26, 2012

Cinta: Cinta Sejenis Bersatu Atau Kerana Nafsu?


Sungguh Adam diciptakan untuk berpasang-pasangan sesama manusia iaitu Hawa. Bagaimana pula boleh menjadi hal cinta sejenis. Makin hari semakin risau dek harus pembangunan yang menonjolkan perlbagai jenis sosial.

Perasaan cinta dan sayang antara manusia memang bukan sesuatu yang boleh dipaksa. Namun, jika ada berputik cinta sejenis, abaikanlah dengan segera. Usah biar diri anda terjebak dengan perkara begini.


·         sungguh ia tidak bawa kemana-mana.
·         sungguh ia merugikan cinta dan air mata.
·         sungguh ia nafsu semata-mata.
·         sungguh ia dimurka Dia.
·         sungguh ia membawa derita.
·         sungguh ia cinta yang buta.
·         sungguh ia mainan dunia.
·         sungguh ia perkara sia-sia.

Cintailah seseorang yang halal bagi kita cintai. Namun, berkasih sayang sesama manusia mahupun sesama jantina masih dalam perbatasan yang betul Namun tidak dengan nafsu seks semata-mata mahupun keinginan berahi.

Jauhilah perkara yang sememangnya tidak diterima akal dan fikiran manusia dengan mencintai kaum sesama jenis dengan maksud yang lebih daripada mencinta fitrah ciptaan Dia. Sedia ada indah dan teratur.

Mudarat dan sengsara sememangnya menjadi penantian buat sang pencinta sesama jenis. Jika masyarakat menggelarkan mereka adalah manusia juga dan harus diterima masyarakat, tidak sama sekali oleh Dia. Dia melarang perkara ini.

Ikuti pada apa yang lebih kita perlu ikuti dan bukan dengan alasan tersendiri. Sungguh tiada satu pun matlamat yang boleh menghalalkan apa-apa bentuk cara. Ia semua kerana nafsu.



Cinta Bertepuk Sebelah Tangan


Bertepuk sebelah tangan juga difahami sebagai cinta sebelah pihak atau cinta yang tidak berbalas. Adalah lumrah dalam kehidupan, tidak semua perkara yang kita mahu akan menjadi milik kita. Begitu juga halnya dengan cinta. Tidak semestinya orang yang kita cinta akan mencintai kita kembali. Mengalami cinta yang bertepuk sebelah tangan sememangnya amat pedih. Silap haribulan, sakit jiwa dibuatnya.


Ada beberapa kategori cinta yang seringkali berakhir dengan bertepuk sebelah tangan.

Pencinta Rahsia
“Saya suka awak, tapi awak tak pernah tahu yang saya suka sangat-sangat kat awak”
Kasih sayang si pencinta rahsia terhadap insan yang dicintai tidak terluah menyebabkan golongan ini sering makan hati dan tidak kurang juga berendam air mata. Mungkin kerana memikirkan si dia yang tidak akan menjadi miliknya. Mungkin kerana sayu memikirkan dirinya yang tidak diendahkan. Namun begitu, acapkali kesengsaraan hati yang dirasa oleh golongan ini adalah kerana memikirkan persoalan sama ada si dia yang dicintainya secara rahsia turut menaruh hati kepadanya. Soalan misteri yang sukar dicari jawapannya selagi bergelar pencinta rahsia.

Cinta Ditolak
“Saya hargai kasih sayang awk terhadap saya, tapi maaf, saya tak boleh terima awak”
Bagaikan halilintar membelah bumi, ayat seumpama inilah yang tidak mahu didengar oleh setiap insan yang meluahkan perasaan cintanya kepada si dia yang menjadi pujaan hati. Namun begitu, jika diambil dari sudut positif, sekurang-kurangnya anda dah tahu jawapannya dan bolehlah meneruskan langkah kehidupan. Cinta ditolak bukannya bermakna hidup turut berakhir.

Cinta Pada Yang Sudah Berpunya
“Ingin kupetik kau menjadi suri hidupku, apakan daya dirimu sudah disunting kumbang yang lain”
Baru saja hendak mengenali si dia yang menjadi pujaan hati dengan lebih dekat, barulah anda tahu rupa-rupanya si dia sudah menjadi milik orang. Tentu kecewa dibuatnya. Walau bagaimanapun seeloknya lupakan saja cinta anda kerana sudah tentu anda tidak mahu menjadi perosak dalam sebuah rumahtangga. Pada permulaannya mungkin sukar, tetapi anda perlu kuat dan luaskan pemandangan anda. Bak kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

Cinta Pada Yang Tiada
“Aku sangka akulah yang paling menyayangi di dunia ini, namun Tuhan lebih sayang padamu”
Sedalam mana pun cinta kita sesama manusia, bila ajal jadi pemisah, tiada apa yang mampu kita lakukan. Mencintai si dia yang sudah pergi bertemu Ilahi sememangnya sakit. Setiap masa kita mencinta, merindu dan mendambakan hadirnya, tapi itu semua tidak mungkin akan terjadi di alam realiti. Kepada anda yang mencintai si dia yang sudah tiada, bangkitlah. Si dia yang anda nanti tidak mungkin akan kembali. Jika benar anda cinta padanya, hadiahkanlah doa dan lagukan kalimah ayat-ayat suci kepadanya. Namun begitu, ini tidak bermakna anda tidak boleh meneruskan kehidupan dan mencari kebahagiaan anda di dunia.

Kesimpulan
Walau dalam kategori apa sekalipun cinta tidak berbalas yang anda lalui, ingatlah bahawa sesungguhnya cinta kepada Tuhan adalah cinta yang paling agung dan sentiasa akan mendapat balasan dan kasih sayang dari-Nya. Kami dari Ayat-Ayat Cinta mendoakan agar warga pembaca yang cintanya bertepuk sebelah tangan mendapat kekuatan hati untuk meneruskan perjalanan. Masa depan adalah misteri, cinta sebenar untuk anda mungkin sedang menanti di hadapan. :)

If I Die Young [COVER]

Kali nie nak post video yang aku buat, lam video tu aku nyanyi lagu If I Die Young by Perry Band.
Aku nyanyi xder la best tapi boleh la nak buat hilang bosan time free time #Cewah !! HAHAHA



Aku Terima Nikahnya [NOVEL]


aku terima nikahnya?..haa?..siapa terima nikah ni?..sure laa lelaki yg sebut yea dak masa tok kadi baca akad tu!..siapa yg bernikah ni?..bila?..ngan siapa?..kat mana?..fuhh!..bnyk nye soalan!..mana satu nk jawab neh!!..help me!!..saya nk tahu!!..siapa nikah ni!!..

haha!..merepek je intro!..aku terima nikahnya ni pon tajuk buku jgak..novel trilogi dari penulis:  HASRIZAL ABDUL JAMIL..siapa daa pernah baca?..sama laa ngan saya!..tapi saya baca yg kecik tu je..saya xbeli lagi yg besar tu..

saya penah baca novel aku terima nikahnya..aku terima nikahnya 2: bercinta biar sampai ke syurga..dan aku terima nikahnya 3: murabbi cinta..semua saya penah baca..tapi saya belom miliki lagi bukubuku ni..saya nk beli buku ni!!..pastu saya nk beli buku yg besar tu jgak..AKU TERIMA NIKAHNYA..saya tengok buku tu ramai orang buat hantaran kawen..


saya nak belikan buku ini untuk 'Si Dye', bila baca sinopsis nye nampak menarik


AKU TERIMA NIKAHNYA....


Maksud "Aku terima nikahnya..."
Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."

Apa yang tersirat disebalik lafaz ini ialah:

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Allah. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku sehingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Allah"

Berat sungguh beban yang bakal dipikul oleh seorang suami. Nasihatilah isteri kamu. Taatilah suamimu, wahai! isteri... (Peringatan utk diriku juga yang bakal menjadi seorang isteri)

Eid-Adha 2012

Bila umur semakin meningkat. kemeriahan hari raya semakin berkurang kan? tak sama mcm kita kecik3 dulu, time tu mmng happy , gembira . sbb atok nenek masih ada, tapi sekarang nie masing3 dh meninggal dunia, kita yang dah dewasa ni la plak yang harus jadi ketua. 

Hari raya Aidiladha untuk tahun nie agak simple. mcm biase bangun pagi. sblom sembahyang raya, oegi ke kubur arwah nenek belah abah dibesut lepas tu baru bsiap3 nk pegi smayang raya. Selesai sahaja sembahyang raya, bsiap3 plak nk balik Tanah Merah, kampung belah Mama. Macam biase jgak jalan raya time hari raya kan, JEM !! huhuhuhu.. 

sesampai nye di Tanah Merah, anak3 saudara pon ramai so, t'pksa la melayang kerenah dan ragam yang masing3 mmpunyai pelbagai perangai, Tapi menghiburkan hati juga walaupon agak serabut ngn kerenah diorang tu.. HAHAHAHA #tapi xpew, sbb aku nie jnis yang agak suka dengan kanak3 walaupon kadang3 tu selalu bagi penampar kat bdak3 tu (Gurau jeeee) Heeeeee.............

Raya Haji untuk tahun nie, abah aku yang Qurban sbb taon lepas Mama yang Qurban, mcm taon lepas penyembelihan lembu di lakukan dibelakang umah di Kok Lanas, time penyembelihan tu lah yang paling di nantikan oleh budak3 t'masuk jgak org3 tua mcm aku nie (aku nie dh tua ke?) . Walaupon, ramai orang yang datang pada hari tu, tpi hanya saudara3 je la yang datang, agak gembira sbb dapat berkumpul dengan saudara3, tambah3 plak bila saudara yang datang bawak anak3 kecik, pada hari itu jgak lah keje aq sebagai BabySitter (glemer x?). Aku nie mmng suka ngn bdak2 tambahan plak bdak3 pon suka ngn aku, so itu satu kelebihan la jgak..

(dah melalut plak aku nie ke BabySitter)

Bila dah selesai penyembelihan lembu tu, masing3 sibuk la untuk menguruskan lembu itu untuk dibahagikan kepada sesiapa yang Qorban la..

Sekitar majlis penyembelihan lembu... HHEHEHEHE


Hurmm... xder yang menarik pon pasal hari raya haji tahun nie, mngkin stakat ini je kot coretan pada kali ini.. See Ya !!

NOTE: Glemer uolssss LEMBU bleh masuk blog...