Official Page

Followers

Friday, October 26, 2012

Contact Lense | Kanta Lekap



Panduan untuk pengguna kanta lekap

• Gosok dan sental kanta lekap anda sehingga bersih: sejak beberapa tahun kebelakangan ini, cecair cucian ‘tanpa sental’ semakin popular, tetapi kebanyakan pakar mata hari ini menyarankan penggunaan kembali teknik ‘sental dan bilas’.

• Penting untuk anda membersihkan kanta lekap setiap kali menyentuhnya. Jika menggunakan cecair kanta lekap serbaguna, titiskan beberapa cecair itu di telapak tangan anda sebelum meletakkan kanta lekap di tangan, kemudian sental selama 10 saat (bersamaan masa yang diambil untuk menghantar pesanan ringkas) pada kedua-dua kanta lekap itu. Cara sentalan adalah gerakan kedepan dan kebelakang, atas dan bawah.

• Bilas dengan cecair serba guna selama 5 saat pada setiap kanta lekap sebelum menyimpannya kedalam bekas yang diisi cecair serba guna yang baru dan rendamkan untuk sekurang-kurangnya 6 jam bagi memastikan cecair itu dapat membasmi kuman, membersih dan memastikan segala protein yang terbentuk dapat dihilangkan.

• Sentiasa mencuci kanta lekap anda dengan cecair yang betul, jangan gunakan air paip. Air paip mungkin mengandungi mikro-organisma yang boleh menakibatkan jangkitan mata. Sehubungan itu, kanta lekap tidak boleh bercampur dengan air paip. Bagaimanapun, satu kajian baru-baru ini menunjukkan lebih satu daripada 5 pungguna kanta lekap tidak tahu mengenai bahaya itu.

• Elakkan penggunaan kanta lekap dalam kolam renang dan ketika mandi. Kira-kira 70 peratus pengguna mengakui menggunakan kanta lekap ketika mandi. Risiko air paip atau air yang sudah dirawat terkena pada kanta lekap, menjadi semakin ketara apabila anda berada di persekitaran basah. Selain itu, anda perlu ingat mengenai bahaya bahan kimia yang digunakan di dalam air kolam renang serta risiko kehilangan kanta lekap.

• Jangan biarkan bekas kanta lekap menjadi punca jangkitan. Cuci bekas kanta lekap setiap hari dengan cecair serba guna dan menggantikan bekas itu setiap bulan atau 3 bulan sekali. Anggaplah bekas kanta lekap anda mempunyai tarikh luput. Kebanyakkan pengguna kanta lekap tidak mengendahkan dua perkara itu, malah ada juga yang tidak pernah mencuci bekas kanta lekap mereka. Pengguna kanta lekap juga perlu mengelak ‘menambahkan’ cecair baru tanpa mengosong atau mencuci bekas kanta lekap terlebih dahulu. Cecair yang telah digunakan mungkin telah mengandungi bakteria berbahaya. Yang boleh mengakibatkan jangkitan.

• Kanta lekap bukan satu produk kosmetik semata-mata, kerana ia sebenarnya adalah alat perubatan yang sensitive justeru anda perlu menumpukan lebih perhatian terhadap keselamatan mata.


Cara Pemakaian Kanta Lekap yang Betul.
Setelah membeli larutan serba guna yang sesuai, amalkan cara pemakaian kanta lekap yang betul.

Cuci dan keringkan tangan betul-betul sebelum memakai atau menanggalkan kanta lekap.
Gosok setiap permukaan kanta lekap perlahan-lahan selama sekurang-kurangnya 10 saat sebelum membilas dan menyimpannya di dalam larutan serba guna.
Selepas memakai kanta lekap, bersih dan biarkan bekas kanta lekap kering dengan sendiri.
Gantikan larutan serba guna di dalam bekas kanta lekap anda dengan yang baru setiap hari.
Gantikan bekas menyimpan kanta lekap anda sekali setiap tiga bulan.
Buangkan larutan kanta lekap yang tamat tempoh.
Jangan memakai kanta lekap melebihi masa ditetapkan.
Berhenti memakai kanta lekap jika mengalami simptom luar biasa dan dapatkan rundingan perubatan jika perlu.

NOTE : 
* buat entry ni sebab selalu sangat dah dengar orang jadi buta sebab kanta lekap..
* buat entry ni jugak sebab aku pengguna kanta lekap TEGAR !!! HAHAHAHA

No comments:

Post a Comment