Maksud "Aku terima nikahnya..."
Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas
kahwinnya RM...."
Apa yang tersirat disebalik lafaz ini ialah:
"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu
bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya
tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung
jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia akhirat
dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu
Allah. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam
menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa
nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku sehingga pecah
hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan
si ibu bapa isteri tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Allah"
Berat sungguh beban yang bakal dipikul oleh seorang suami.
Nasihatilah isteri kamu. Taatilah suamimu, wahai! isteri... (Peringatan utk
diriku juga yang bakal menjadi seorang isteri)
No comments:
Post a Comment