Official Page

Followers

Tuesday, March 27, 2012


Mulut tempayan sebesar mana pun boleh dibuat penutupnya, tapi mulut manusia?

Betullah orang kata, mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut orang? Heck, even kolam renang punya saiz pun orang boleh buat la penutup dia, tapi mulut manusia yang kecik amat itu, tutup macam mana pun, tetap berbunyi kan?

Selalu juga kita dengar, kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan merana. Tapi, bahana mulut orang tak berkaitan, tapi sibuk-sibuk nak berbunyi jugak tu la yang biasanya menokok tambah benda yang tak ada. Jenis spisis yang hanya tau mengadu domba mengambil kesempatan mengapi-api melaga-laga.

Spisis yang akan bertepuk sorak jika perlakuan laga-melaga itu menjadi kenyataan.

Dan kebiasaannya, spisis yang hanya tau bercakap ini juga la yang terpekik terlolong di belakang tabir mengomel itu-ini mengomplen macam-macam perkara. Tetapi bila dibuat perbincangan dalam satu situasi terkawal, mereka ini hanya diam membisu terkaku tersipu-sipu, mengharapkan orang-orang 'itu' sahaja berkata dan menyampaikan maksud mereka.

Nah, kenapa perlu kita dengar kepada orang begini? Orang yang kerjanya sendiri pun tidak betul, tapi sibuk mencari salah orang lain?

Abaikan sahaja. Penat mulut mereka, berhentilah nanti. 

Aku pegang satu benda je. Kalau nak kebenaran, tanyalah pada yang berkenaan. Jangan dengar atas angin, dan menokok tambah bagi menyedap cerita.

Mungkin hajat hendak menjadi direktor filem tidak kesampaian agaknya. Mungkin.

No comments:

Post a Comment