Official Page

Followers

Tuesday, March 27, 2012


Adakah blog serius itu best ?


Sy cuba mendalami apakah maksud blog yang serius ini. Adakah betul blog yang serius adalah blog yang best dan paling best. Maksud perkataan serius atau serious dalam bahasa Inggeris adalah seperti berikut:-


Kamus Dewan Edisi Empat


sungguh-sungguh, benar-benar, tegas dan bukan main-main: ini suatu usaha yg murni dan sewajarnya diberi perhatian dan pemikiran secara bernas. Kalau dalam aspek blog adalah blog yang betul-betul, sungguh-sungguh, sangat-sangat, tidak main-main, yakin, pasti benar, tidak syak lagi dalam memberi fakta yang tepat dan boleh dipercayai.


Pada pendapat Anep la blog yang serius adalah blog yang mempunyai ciri-ciri berikut:-




1. Blog yang best untuk di baca


Yang pertama sudah tentu isi dan huraian yang menarik dan berkualiti adalah blog yang best untuk di baca. Kalau kita baca blog yang menarik dari segi susun atur blog dengan grafik yang menarik dan simple. Blog yang best mempunyai padanan warna yang tidak menyakitkan mata. Layout yang menarik, simple dan tidak penuh dengan widget.


2. Tajuk blog yang best


Tajuk yang menarik akan menarik pembaca membaca blog kita. Tajuk janganlah terlalu pendek. Sebaiknya 40 huruf yang selalu disarankan oleh sesetgh buku-buku yang pernah Anep baca.


3. Entry blog yang best
Entry yang berkualiti dan yang paling penting sekali ASLI akan menarik minat ramai membaca. banyak komen adalah petanda baik bahawa entry menarik kita menarik. Gaya penulisan author blog yang simple dan bersahaja. Biasanya dalam nada bercakap atau bahasa mudah kita berkomunikasi.


Gaya penulisan yang bersahaja, kemas, stright to the point dan mempunyai huraian yang lengkap. Author yang friendly dan tak berlagak. Gambar-gambar yang diletakkan mestilah kena dengan tajuk pada entry. Akhir sekali blog yang best memberi keseronokan kepada pelawat blog mereka. Paling penting adalah bukan dibuat – buat tetapi ikhlas.


4. Nama-nama blog yang best
Contoh nama blog yang best ramai juga yang setelah Anep baca dalam beberapa blog mmber3 dapati blog yang best tidak semestinya serius. Blog ada peminat masing masing. Ciri-ciri blog yang best adalah blog yang boleh menarik minat pembaca untuk berkunjung kali ke dua.


*tu cuma pendapat Anep jer la :) setiap blog ada kelebihan yg tersendiri kan.. hehehe :)

No comments:

Post a Comment